Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pada Rabu berkata agensi itu memperluaskan kawasan operasinya dalam usaha untuk mencari petunjuk.
"APMM secara agresif akan mempergiatkan usaha mencari yang kini dibantu oleh banyak kerajaan asing," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS -Parit Buntar ) di Dewan Rakyat.
Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi Sabtu.
"APMM mempunyai 55 kapal yang berusia 30 tahun dan agensi berharap peruntukan untuk pembelian kapal baru disediakan bagi memastikan Zon Maritim Malaysia sentiasa kekal selamat dan terjamin," katanya.
Shahidan juga berkata APMM merupakan agensi keselamatan negara yang pertama tiba di lokasi kedua-dua tompokan minyak, lokasi pesawat yang hilang yang disyaki yang ditemui di perairan Vietnam.