suria

Galeri Gambar Pencarian MH370 - Ahad

Anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Laskar Kelas 2 Nadzir Jamil meninjau beberapa kawasan perairan Selat Melaka dalam usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas, di 60 batu nautika dari Bukit Malut di Langkawi, Sabtu. APMM melakukan rondaan terutamanya di sekitar Pulau Perak dengan tiga buah kapal milik agensi tersebut. Foto BERNAMA
HIMPUNAN gambar mengenai kehilangan pesawat MH370 yang kini memasuki hari kesembilan pada Ahad.

HARAPAN … Pengunjung Pantai Teluk Chempedak menulis doa mereka pada pasir sebagai tanda harapan mereka dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu ketika tinjauan fotoBernama di sini, Ahad. 

Pegawai Tentera Laut India sibuk dalam usaha mencari pesawat MH370 berhampiran Kepulauan Andaman. India memperhebatkan lagi usaha mencari pesawat itu dengan penambahan aset tentera laut dan udara yang dikerahkan untuk mencari kawasan pencarian yang telah diperluaskan. Foto EPA

Beberapa anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) bersiap sedia peralatan bot laju untuk meninjau beberapa kawasan perairan Selat Melaka dalam usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas, di 60 batu nautika dari Bukit Malut di Langkawi, Sabtu. APMM melakukan rondaan terutamanya di sekitar Pulau Perak dengan tiga buah kapal milik agensi tersebut. Foto BERNAMA

Pengawal keselamatan mengawal rapi kediaman Kapten Pesawat MH370Zaharie Ahmad Shah di Laman Seri di Shah Alam, Sabtu. Kediaman Zaharie ini menjadi tumpuan pengamal media selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang media mengenai maklumat terkini membabitkan pesawat tersebut, petang Sabtu. Foto BERNAMA
gambar, mh370

Artikel Lain