suria

Kualiti Udara Di Seluruh Negara Bertambah Baik

Bandaraya Kuala Lumpur kelihatan cerah setelah hujan turun dua hari lepas ketika tinjauan fotoBernama dari Menara Kuala Lumpur pada Isnin. 
Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatatkan kira-kira 12.15 tengah hari Isnin berada para paras baik dengan bacaan 31.-fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara terus menunjukkan pemulihan dengan hanya 10 kawasan mencatat IPU sederhana baik tengah hari Isnin, berbanding 11 kawasan pada sebelah pagi.

Senarai bacaan IPU setakat 1 tengah hari dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), menunjukkan hanya Port Dickson yang menunjukkan peningkataan bacaan IPU daripada 31 (baik) kepada 55 (sederhana baik). 

Sembilan kawasan lain yang turut mencatatkan IPU sederhana baik ialah Kuantan (73), Putrajaya (66), Banting (61), Pelabuhan Klang (59), Muar (56), Kangar (54), Petaling Jaya (53), Shah Alam (51) dan Alor Star (51). 
Manakala 41 kawasan mencatatkan IPU baik. 

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). 

Orang ramai boleh merujuk ke portal http:apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU. 

IPU, JAS, Jerebu

Artikel Lain