suria

MH370 Buatkan Pelbagai Bangsa Bersatu Berdoa

Staf Star Publication menurunkan tandatangan masing-masing sebagai doa dan tanda sokongan terhadap usaha menyelamat yang sedang dilakukan.

PETALING JAYA: Misteri kehilangan pesawat MH370 membawa semua bangsa di negara ini bersatu dalam berdoa dan berharap sesuatu keajaiban berlaku ketika hari menjejakinya memasuki hari kesembilan pada Selasa.

Seorang pekerja bahagian perakaunan, Presina Shasha, 29, berkata, seluruh rakan sekerjanya tanpa mengira agama kini bersatu dalam menyampaikan harapan masing-masing di papan mesej di Menara Star.

"Saya dapat rasakan mereka yang berada di dalam pesawat MH370 masih hidup," katanya.

Menurutnya, jika pesawat itu dirampas, dia berharap sesuatu akan membantu menyelamatkan mereka.

Rakannya, Kunavathy Shanmuga, 52, dia sering mendoakan keselamatan seluruh penumpang MH370 di kuil.

"Semua orang daripada pelbagai agama masing-masing berdoa bersungguh-sungguh demi keselamatan penumpang dan anak kapal MH370.

"Yakinlah, mereka semua akan pulang dengan selamat," tambahnya.

Papan mesej untuk MH370 merupakan satu dedikasi The Star terhadap usaha menyelamat yang sedang dilakukan terhadap kesemua 239 orang yang terdiri daripada penumpang dan anak kapal.

Sharifah Thuraizah, 34, pula memberitahu, dia sering mendoakan keselamatan penumpang MH370 ketika menunaikan solat di masjid.

"Sentiasa berdoa dan berdoa, itulah harapan yang ada," katanya.

MH370, MAS

Artikel Berikut

Artikel Lain