suria

Fokus Masih Lagi Kecilkan Koridor Pencarian MH370 - Hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein.

SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Pemangku Hishammuddin Tun Hussein berkata, tumpuan masih lagi mencari dan menyelamat dengan mengecilkan dua koridor pencarian, dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang memasuki hari ke12 pada Rabu.

Bercakap pada sidang media pada Rabu, beliau berkata Malaysia menerima beberapa data radar, tetapi enggan mendedahkan nama negara-negara itu.

Malaysia juga mendapat latar belakang semua penumpang kecuali dari Rusia dan Ukraine, tetapi setakat ini tiada maklumat penting ditemui.

Misi pencarian pesawat MH370 kini meliputi 2.24 juta batu nautika persegi, atau empat per lima saiz Amerika Syarikat (AS), dan melintasi dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan di Asia Tengah sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Ia adalah masa yang paling lama mana-mana pesawat awam sebesar ini dikesan. Pada 2007, usaha mencari sebuah pesawat Adam Air yang terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Manado mengambil masa 10 hari untuk mencarinya.

Dengan beberapa petunjuk yang dapat dilihat bahawa "semua usaha kini akan mengecilkan kawasan tumpuan," kata Hishammuddin. -The Straits Times/ANN 

koridor, hishammuddin, MH370

Artikel Lain