suria

MH370: Pesawat Dipercayai Terbang Ke Selatan Lautan Hindi

Tentera Laut Amerika Syarikat ketika menjalankan operasi mencari di Lautan Hindi.
KUALA LUMPUR: Para penyiasat yang menjalankan siasatan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan 239 orang di atas kapal yang hilang 8 Mac lalu percaya pesawat itu berkemungkinan besar telah terbang ke selatan Lautan Hindi, menurut sumber yang rapat dengan penyiasatan, Rabu.

"Andaian dibuat bahawa ia telah pergi ke bahagian selatan dan telah pergi pergi sehingga hujung selatan koridor itu," kata sumber itu, merujuk kepada kawasan carian yang menjangkau dari barat Indonesia ke barat Australia, Lautan Hindi. -Reuters
Lautan Hindi, selatan, MH370

Artikel Sebelum

Artikel Lain