suria

Mungkin Berlaku Kebakaran Dalam MH370 - Pakar

Contoh bateri litium ion dan bateri itu juga digunakan pada telefon bimbit.
PETALING JAYA: Sebuah syarikat perunding penerbangan tidak menolak kemungkinan berlaku kebakaran di dalam pesawat itu walaupun senario tersebut mustahil untuk berlaku.

Pengarah Urusan Leeham Co., Scott Hamilton berkata, dalam kebanyakkan kes, kelewatan juruterbang melaporkan mengenai sesuatu kejadian kepada menara kawalan berpunca daripada rintangan api dalam pesawat.

Menurutnya, kejadian sama pernah berlaku terhadap pesawat Swissair 111 yang terhempas di Nova Scotia pada tahun 1998.

Jelasnya, dalam insiden tersebut juruterbang dikesan telah berbau asap di ruang kokpit selepas mereka berlepas dari New York.

"Bagaimanapun, juruterbang telah terlewat melaporkan kejadian itu untuk memboleh mereka mendarat secepat mungkin di lapangan terbang berdekatan," katanya dalam kiriman e-mel di sini pada Sabtu.

Teori kebakaran mula dikentengahkan pelbagai pihak apabila Malaysia Airlines (MAS) pada Jumaat mendedahkan bahawa pesawat MH370 yang hilang turut membawa bateri litium ion yang mudah terbakar sebagai kargo.

Kebakaran dalam pesawat yang berpunca daripada bateri litium ion pernah berlaku terhadap pesawat Boeing 747F di Dubai dan Asiana Airlines 747 di Lautan Pasifik.

Sementara itu, seorang juruterbang veteran Kanada turut berpendapat telah berlaku kebakaran di dalam pesawat MH370 dan bukannya disebabkan oleh rampasan.

Chris Goodfellow berkata, mungkin telah berlaku kebakaran di dalam pesawat MH370 yang menyebabkan juruterbang tidak dapat melaporkan senario itu kepada menara kawalan.

"Bila berlaku kebakaran, perkara yang perlu dilakukan adalah memutuskan litar yang berbahaya dan mengurangkan risiko kebakaran itu," jelasnya.

Teori kebakaran mula dikentengah pelbagai pihak apabila Malaysia Airlines (MAS) pada Jumaat mendedahkan bahawa pesawat MH370 yang hilang turut membawa bateri litium ion yang mudah terbakar sebagai kargo.

Litium ion, MAS, MH370

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain