Ketua Polis Daerah Setiu DSP Abd Rahman Raja Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, pemandu kereta Proton Iswara Che Hassan Deraman, 60, dari Tumpat, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya penumpang kereta itu Waehamah Nurisaem, 47, dari Bantak Bai, Narathiwat, Thailand meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Setiu.
Dua yang cedera parah ialah penumpang van Tuan Kamariah Tuan Besar, 54, dan anaknya Nini Nuraini Rosmawadi, 23, manakala seorang lagi anaknya Nurfatini, 17, hanya mengalami kecederaan ringan, katanya ketika dihubungi Bernama Ahad.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera juga dirawat di hospital sama.