suria

PRK Kajang: Najib Minat Pantau Proses Mengundi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melakukan tinjauan ke bilik gerakan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Ahad. -foto THE STAR
KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melakukan tinjauan ke bilik gerakan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Saujana Impian sini.

Tiba kira-kira pukul 11 pagi, Najib yang juga Pengerusi BN hadir bagi memantau proses pengundian yang melibatkan 38,055 pengundi di 16 pusat mengundi.

Najib kemudiannya diiringi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar meninggalkan lokasi berkenaan bagi melawat pejabat Umno Bahagian Hulu Langat untuk satu taklimat lain.

Kira-kira lebih sejam kemudian, Presiden Umno itu sekali lahi dilihat kembali ke pusat operasi jentera Wanita BN untuk terus melakukan pemantauan perjalanan proses pilihan raya.

Menurut sumber, Najib berminat untuk mengetahui perjalanan PRK Kajang.

PRK Kajang menyaksikan saingan satu lawan satu antara wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ia diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas.

Artikel Lain