Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian 4 petang itu, mangsa Noor Hayati Che Aziz, 30, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta Persona, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI).
"Hasil siasatan awal, mendapati kereta (yang dipandu suami mangsa) dari arah susur keluar pasar raya Big Aeon menghala ke Taman Johor Jaya, telah dilanggar dari arah tepi sebelah kiri penumpang oleh lori pasir yang muncul secara tiba-tiba dari arah Lebuhraya Pasir Gudang ke bandar Johor Baru.
"Akibat pelanggaran itu, kereta Persona diseret lebih kurang sejauh 20 meter dari tempat pelanggaran," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas di sini.
Bagaimanapun Sulaiman berkata pemandu lori dengan nombor pendaftaran JDA 7798 sedang diburu selepas melarikan diri.