Azmin akan mempertahankan kerusi timbalan presiden yang disandangkan dalam saingan enam penjuru.
"Saya memilih untuk kekal bertanding jawatan timbalan presiden selepas berbincang bersama rakan dalam parti.
"Ini bukan keputusan saya. Saya perlu berbincang dengan pelbagai pihak. Apa yang lebih penting adalah parti diperkukuh dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.
Wan Azizah dan Anwar masing-masing bertanding merebut jawatan presiden.
Azmin berkata berdasarkan rekodnya dalam parti dan kerajaan Selangor sebelum ini, akan membantu beliau mendapat sokongan daripada ahli-ahli parti untuk mempertahankan jawatannya.
"Akhirnya, mereka akan menentukan siapa yang berupaya membawa parti ke peringkat tertinggi. Saya mempunyai buku laporan dan ahli-ahli boleh melihatnya sendiri," katanya.