suria

Kebanyakan Adun Di Perak & Selangor Lambat Respon Pertanyaan E-mel, Media Sosial - Kajian

Gambar Facebook Adun Pasir Pinji Howard Lee yang merupakan salah seorang Adun di Perak yang cepat memberikan tindak balas melalui emel dan media sosial.
PETALING JAYA: Jika anda mahukan seseorang wakil rakyat di Perak dan Selangor melihat sesuatu isu yang melibatkan kawasan anda, anda tidak boleh berharap untuk menerima balasan yang cepat jika anda menghubungi mereka melalui media sosial atau e -mel.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Kuasa, menjalankan kajian bagi mengukur sepantas mana tindak balas yang diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan mendapati bahawa hanya lima dari 114 wakil rakyat yang membalas pertanyaan yang dihantar kepada mereka melalui e -mel atau yang dipaparkan di akaun media sosial mereka dalam jangka masa sepatutnya.

Secara umum, kajian ini mendapati kebanyakan Adun sukar untuk dihubungi, dengan hanya 23 peratus daripada Adun di Perak dan 67 peratus daripada Adun di Selangor membalas melalui salah satu daripada tiga saluran.

Dalam kajian itu yang dijalankan oleh kakitangan Kuasa selama lebih dari 10 hari, Adun-Adun ini telah dihubungi melalui e-mel, Facebook dan Twitter, dengan mereka menyamar menjadi 'tetamu misteri' yang merupakan pengundi yang menghadapi masalah.

Kepantasan tindak balas Adun itu telah dinilai pada tiga peringkat iaitu hijau untuk balasan yang cepat; dalam masa tiga hari selepas dihubungi, dan kuning untuk tindak balas lambat dan sukar untuk dihubungi.

Kedudukan merah menandakan 'gagal' kerana wakil rakyat tidak menjawab mesej atau tidak dapat dihubungi dengan panggilan telefon ke pejabat mereka juga tidak mendapat tindak balas sewajarnya.

Daripada 114 Adun dari Perak dan Selangor, hanya lima menerima penarafan hijau.

Dalam kajian itu, Kuasa menemui faktor-faktor yang menghalang perhubungan ini termasuklah alamat atau e -mel yang tidak betul, e -mel lama, akaun media sosial yang perlbagai dan pusat perhubungan yang tidak digunakan dan laman web yang tidak dikemaskini.

Ia juga mendapati bahawa Adun BN di kedua-dua negeri secara amnya tidak sepantas Adun Pakatan Rakyat untuk memberikan tindak balas.

"Jika wakil rakyat meletakkan maklumat untuk dihubungi, mereka mesti bertanggungjawab untuk itu," kata Ketua Eksekutif Kuasa Praba Ganesan sambil menambah adalah satu tanggungjawab untuk memastikan pengundi boleh menghubungi mereka melalui segala bentuk kemungkinan komunikasi.

Beliau memberikan contoh di mana tindak balas segera diberikan oleh Adun Trong Zabri Abd Wahid (BN) dan Adun Pasir Pinji Howard Lee (DAP) yang menyahut pertanyaan dan melakukan tindakan susulan pada hari-hari berikutnya.

"Wakil Kuala Kubu Baru Lee Kee Heong (DAP) dihubungi melalui tiga kaedah komunikasi. Dalam dua kejadian, beliau menjawab dalam masa 15 minit. Beliau juga telah memberikan cadangan dan penyelesaian kepada isu-isu yang dibangkitkan," kata Praba.

Beliau juga berkata Adun muda kelihatan lebih serasi dengan kaedah komunikasi moden, tetapi berkata semua Adun tanpa mengira usia mestilah boleh dihubungi melalui kaedah dalam talian.

Kuasa merancang satu lagi kajian susulan dalam masa enam bulan untuk melihat jika terdapat peningkatan dalam tempoh masa mereka memberikan respons.

Perancangan juga sedang dilakukan untuk kad laporan setahun bagi Selangor dan Perak yang memperincikan bagaimana dua kerajaan ini telah memelihara janji-janji pilihan raya mereka.

Kad laporan yang dijangka akan dikeluarkan pada bulan Mei akan berdasarkan kepada tiga kriteria iaitu penilaian kendiri oleh kerajaan negeri, penilaian oleh pembangkang negeri dan maklum balas pemegang kepentingan manifesto.
Adun, Kuasa, respon, Perak, Selangor

Artikel Sebelum

Artikel Lain