suria

Pemuda MCA Usul Empat Cadangan Untuk Mantapkan SPRM

Chong Sin Woon

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA mencadangkan agar penalti minimum untuk kesalahan rasuah dinaikkan selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa menyiasat mana-mana pihak yang didapati hidup mewah melebihi pendapatannya tanpa perlu menunggu laporan.

Ketuanya, Chong Sin Woon berkata, dua usul tersebut ialah antara empat cadangan yang akan dikemuka oleh pergerakan itu untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan memantapkan SPRM.

Dua usul lagi ialah berkaitan pelantikan dan perlucutan jawatan ketua pesuruhjaya SPRM yang dilakukan menerusi tribunal, bukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, dan penubuhan 'Anti-Corruption Service Commission' khusus untuk mengendalikan pelantikan dan kenaikan pangkat warga SPRM, katanya dalam sidang media, di sini Khamis.

"Selepas lawatan kami ke SPRM pada 15 Jan lepas, kami membuat kajian untuk menambah baik aktanya," katanya.

Menurut Chong, sayap itu akan mendapatkan pandangan Majlis Peguam Malaysia sebelum berjumpa dengan menteri yang berkenaan bagi mengemukakan cadangan

tersebut yang memerlukan pindaan Akta SPRM.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Serbu 'Las Vegas' Miri

Artikel Lain