Tiga isyarat berasingan yang dikesan setakat ini menguatkan lagi harapan untuk merungkai misteri kehilangan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Sebanyak sembilan pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal menyertai operasi tersebut pada Isnin, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia.
Ketua JACC, Angus Houston berkata, isyarat yang dikesan pada Ahad telah diberi perhatian serius kerana sudah kesuntukan masa untuk mengesan kotak hitam pesawat tersebut.
Beberapa objek putih turut dilihat terapung di permukaan air, kira-kira 90 kilometer dari kawasan pengesanan itu.