Beliau berkata, program MyHome yang dilancarkan kerajaan pada 1 April lalu sepatutnya akan memberikan subsidi maksimum RM30,000 kepada mereka yang memohon dengan berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, seperti yang diumumkan Najib dalam Bajet 2014.
"Bagaimanapun, menerusi syarat baharu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), syarat itu adalah untuk mereka yang berpendapatan isi rumah antara RM3,000 dan RM4,000.
"Ini bercanggah dengan apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2014. Jadi ini (Program MyHome) bukan (lagi) untuk golongan berpendapatan rendah.
Program MyHome merupakan sebuah projek khas bagi membantu golongan berpendapatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lalu.
Ia akan melibatkan kira-kira 10,000 unit rumah yang dibina oleh pihak swasta dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM300 juta.
Ling bagaimanapun berkata, harga rumah yang ditawarkan untuk program ini antara RM80,000 ke RM120,000 merupakan perumahan kos rendah.
"Jadi, ianya tidak selaras. Rumah yang ditawarkan adalah kos rendah tetapi syarat sekarang ditukarkan kepada syarat lebih tinggi.
"Oleh itu, saya minta kerajaan untuk menurunkan syarat itu bagi memastikan Program MyHome ini benar-benar membantu golongan rendah," katanya.