suria

Mayat Pemandu Jentolak Jatuh Lombong Ditemui

IPOH: Mayat seorang pemandu jentolak yang lemas selepas jentera itu terjatuh di kawasan Lombong Tapak Projek Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Air Hitam Labu dekat sini, Jumaat lepas, ditemui pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata, mangsa Sri Isa Ngah, 37, ditemui pasukan penyelamat pada 9.30 pagi tadi di lombong berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 47 anggota bomba, Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan polis bermula pada hari kejadian, katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat. 

Dalam kejadian pada 12 tengah hari itu, lelaki Orang Asli dari Kampung Sungai Raya, Simpang Pulai itu sedang meratakan tanah di lombong berkenaan sebelum tebing tanah tiba-tiba runtuh menyebabkan mangsa bersama-sama jentolak yang dipandunya jatuh ke dalam lombong.

Ng Kong Soon, Sri Isa Ngah

Artikel Lain