suria

Tun M Cadang Tambak Johor Diroboh

SERI ISKANDAR (Perak): Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) pada Rabu mencadangkan supaya Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan pembinaan 'Jambatan Persahabatan' yang dicadangkan kerajaan.

Beliau berkata Tambak Johor menyebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

"Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor.

"Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Leaders in Today's Society: Issues, Challenges and Way Forward' di Universiti Teknologi Petronas di sini.

Beliau berharap kerajaan tidak akan membina jambatan di tempat lain dan kemudian meninggalkan Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor.


Artikel Berikut

Artikel Lain