Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dalam serbuan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) JSJN itu, mereka turut memberkas lima lelaki termasuk seorang warga Singapura yang berusia antara 21 dan 58 tahun.
"Dalam serbuan pertama kira-kira 8.30 malam, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Singapura di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli- belah di Subang.
"Di situ kami merampas tiga karung guni yang mengandungi 75 kg dadah disyaki syabu ketika mereka melakukan proses pemindahan dadah antara dua kereta," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, pada Khamis.
Di situ polis memberkas dua lelaki dan merampas dua karung guni mengandungi 50 kg dadah jenis syabu.
"Kita percaya dadah tersebut dibawa masuk ke negara ini melalui jalan laut untuk pasaran tempatan dan negara jiran," kata Noor Rashid.
Beliau berkata turut dirampas wang tunai dalam mata wang tempatan dan asing, berjumlah RM20,000 daripada kedua-dua serbuan.
Menurutnya ujian air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Polis akan terus menyiasat bagi mengenal pasti saki-baki anggota sindiket ini, katanya menambah semua suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tiga karung guni mengandungi 75kg dadah disyaki syabu yang berjaya dirampas polis dalam serbuan di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli belah di Subang pada Selasa lepas.