Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman, Datuk Ayub Yaakob berkata polis bersedia melihat ruang kerjasama yang boleh dilakukan terutama berkaitan risikan dan penguatkuasaan.
"Dari segi undang-undang apa yang kita ada memadai, cuma dari segi macam mana kita nak buat satu usaha berterusan melibatkan perancangan yang berkesan dan efektif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Save The Nature' di Cheras di sini Sabtu.
Antara isu yang perlu diberi perhatian ialah sindiket pemburuan haram serta insiden kecurian kayu balak dan kayu gaharu.
Menurutnya, ini penting dalam merencana strategi terkini bagi menjalankan operasi bersepadu untuk membendung jenayah alam sekitar.