suria

'Jumpa Anda Di Pulau Pinang' - Kata Terakhir Karpal

Gobind memerhatikan bunga yang dihantar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kematian bapanya dalam satu kemalangan di kediamannya di Jalan Utama, George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.
GEORGE TOWN: 'Jumpa anda di Pulau Pinang.' Itu kata-kata terakhir yang diucapkan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh kepada anaknya, Gobind Singh Deo apabila melawatnya di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Karpal Singh melawatnya pada Selasa, sehari sebelum insiden yang meragut nyawa beliau dan pembantu peribadinya.

"Saya amat terkejut, hati saya hancur luluh dan berkecai apabila saya kini melihatnya di Pulau Pinang dalam keadaan sebegitu.

"Beliau berkata akan bertemu saya di Pulau Pinang dan di kediaman kami. Banyak yang diperkatakannya tetapi saya tidak menjangka menjadi salah seorang yang menjemputnya di Hospital Kampar ke Pulau Pinang.

"Sebagai seorang anak, adalah menjadi tugas kami untuk membawanya balik dan mengebumikannya dengan cara yang betul," katanya di kediaman Karpal di Jalan Utama pada Sabtu.

Artikel Lain