Katanya lebih ramai lagi akan dipanggil untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.
"Saya minta maaf kerana saya tidak boleh memberitahu anda mengenai penemuan siasatan setakat ini. Pertama, kerana ini berkaitan siasatan jenayah, keduanya, apabila kita mengatakan sesuatu, orang ramai mula membuat spekulasi. Jadi lebih kami teruskan siasatan kami sehingga ada penemuan munasabah dan baik untuk dimaklumkan kepada orang ramai," katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemakaian Pangkat Komandan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) kepada Paul Lajumin, sukarelawan polis yang dinaikkan pangkat kepada Penguasa, di sini, Ahad.
Menurut Khalid kes kehilangan MH370 itu diklasifikasi sebagai kes jenayah mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang merangkumi aspek sabotaj, rampasan dan seumpamanya.