suria

Ribuan Beri Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Karpal Singh

Ribuan menyaksikan keranda yang membawa mayat Karpal Singh diusung masuk ke Dewan Sri Pinang. Foto CHAN BOON KAI

GEORGE TOWN: Ribuan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di Dewan Sri Pinang.

Suasana pada Ahad begitu beremosi apabila lagu puisi Auld Lang Syne dimainkan sewaktu keranda yang membawa mayat mendiang di bawa masuk ke dalam dewan.

Pemimpin DAP dan ahli veteran parti termasuk Dr Chen Man Hin turut hadir ke upacara penghormatan itu pada Ahad.

Orang ramai, dengan kebanyakannya memegang kalungan bunga melihat keranda yang membawa mayat Karpal diusung masuk ke dalam dewan.

Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang bermula pukul 8.30 pagi sehingga 10.15 pagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan menyampaikan ucapan penghormatannya pada pukul 10.15 pagi.

Ia merupakan upacara pengebumian yang memberi kesan ditinggalkan mendiang yang diberi jolokan "Harimau Jelutong".

Perarakan itu akan membuat beberapa perhentian di tempat-tempat yang begitu dekat di hari Karpal, iaitu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabatnya di Green Hall , bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Institusi St Xavier (SXI) di mana tempat pendidikan beliau dan ibu pejabat parti DAP negeri di Rangoon Road, sebelum ke krematorium Batu Gantong.




Artikel Lain