Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau sudah berbincang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung perkara itu.
"Kita menghormati mengenai persetujuan dengan MCA dalam Barisan Nasional kerana kawasan kerusi Parlimen berkenaan mempunyai kira-kira 74 peratus pengundi Cina," katanya pada Ahad.