PEKAN: Seorang maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terjunam ke dalam gaung di Jalan Kuantan-Segamat kira-kira 4.40 petang Ahad. Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata, bas yang membawa seramai 40 penumpang itu dalam perjalanan ke Singapura dari Pulau Redang, Terengganu. Menurut beliau, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pekan, Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Muadzam Shah. Tambah beliau kebanyakan penumpang adalah pelancong dari Singapura, China and India.