suria

MH370: Misi Dalam Air Meliputi Dua Per Tiga Kawasan Carian Tanpa Sebarang Tanda

Bluefin-21 mengakhiri misi lapan harinya pada Isnin setelah meliputi kira-kira dua per tiga kawasan pencarian tanpa menemui sebarang tanda pesawat ,H370 yang hilang.

PERTH: Operasi mencari dalam air bagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang meliputi dua per tiga kawasan pencarian, tanpa menemui sebarang tanda pesawat itu, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

"Sehingga kini, Bluefin-21 telah melakukan pencarian kira-kira dua pertiga di kawasan tumpuan pencarian di dalam air. Tiada sebarang penemuan setakat ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebanyak 10 pesawat tentera dan 11 kapal menyertai operasi mencari pesawat yang membawa 239 orang yang hilang pada 8 Mac lalu, dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing. 

Tiada serpihan dari pesawat ditemui walaupun pencarian di udara dan laut dipertingkatkan dan berharap agar kenderaan dalam air (UAV), Bluefin-21 menemui pesawat itu di dasar laut, di Lautan Hindi.

Peranti pengimbas sonar yang berbentuk seperti torpedo telah melakukan lapan misi di beberapa kedalaman lautan itu tanpa sebarang penemuan.

"AUV Bluefin-21 akan melakukan misinya kesembilan kemudian," kata JACC. - AFP

Artikel Lain