suria

Kereta Terbabas Ke Sawah, Lelaki Maut

KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas kereta Iswara Aeroback yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke bawah tebing di KM93.3 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Maran pada Isnin.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, S. A Gunasegaran, 28, beralamat dari Taman Indah Jalan Karak mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

"Nahas 5 petang itu berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Mentakab menghala ke Kuantan.

"Setiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum kenderaannya terjatuh ke bawah tebing," katanya ketika dihubungi di sini.

Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaannya dan mati di tempat kejadian, katanya.


Maran, Polis

Artikel Lain