Jay Ferrer Jeffrey Linjungan ditemui oleh seorang ahli keluarganya di dalam sebuah lubang sedalam satu meter.
Dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth kira-kira pukul 1 petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Ratan Kumar Singh berkata, Jay cuba mengeluarkan beberapa ekor anak anjing dari sebuah lubang sebelum terperangkap dan mengalami sesak nafas.
Menurutnya, Jap berjaya mengeluarkan dua ekor anak anjing dari lubang tersebut sebelum berdepan masalah ketika menyelamatkan anak anjing ketiga.
Mayat mendiang Jay yang bekerja di sebuah firma guaman di Kota Kinabalu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mohingkidon, Kampung Nambazan di Penampang selepas selesai upacara sembahyang di Gereja St Michael pada Jumaat.