Katanya, parti itu menyasarkan untuk menambah penyertaan seramai 50,000 kaum Cina dalam tempoh lima tahun akan datang.
Beliau turut mencadangkan untuk meningkatkan pengedaran akhbar Suara Keadilan versi Mandarin secara bulanan kepada setiap dua minggu dengan sasaran pembaca sebanyak 50,000 orang setiap edisi.
Setakat ini, 15% daripada 500,000 ahli PKR terdiri dari kaum Cina, 50% Melayu, 25% India dan 10% bumiputera Sabah serta Sarawak.
"Masih terdapat ruang besar untuk meningkatkan keahlian dan peluang menjadi pemimpin di kalangan masyarakat Cina, terutamanya dari aspek sokongan kuat mereka terhadap Pakatan Rakyat," kata Saifuddin pada Rabu.