Pengarah Jabatan Logistik PDRM, Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya sudah mengambil kira pelbagai perkara dan kehadiran orang kenamaan ke negara ini sudah semestinya mendapat perhatian dan keprihatinan pihak berkuasa.
"Saya yakin pucuk pimpinan PDRM dan seluruh agensi kerajaan yang terlibat sudah memepersiapkan keperluan secukupnya. Keprihatinan kita bukan sahaja kepada Presiden Amerika Syarikat tetapi juga terhadap mana-mana jua pemimpin dunia yang berkunjung ke negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Larkin, di sini, Khamis.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.
Selain Malaysia, Obama juga turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina.