suria

Cadangan Guna Air Lombong Disokong

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel menyokong cadangan kerajaan Selangor untuk menggunakan air mentah dari bekas lombong bagi menampung keperluan air di Lembah Klang.

Katanya air lombong selamat diguna jika proses tapisan dan kaedah rawatannya dilaksana dengan betul.

"Bagi saya itu adalah langkah yang baik untuk meningkatkan kapasiti air di Selangor, namun saya nasihatkan air lombong perlu dirawat dengan proses yang betul sebelum dicampurkan atau disekalikan dengan air-air lain dan diagihkan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu India, di sini, Jumaat.

Beliau mengulas cadangan kerajaan Selangor yang baru-baru ini meluluskan peruntukan RM10 juta bagi membina infrastruktur mengepam air dari bekas lombong atau kolam sekitar Lembangan Sungai Selangor ke Sungai Selangor.

Sementara itu, majlis yang dianjurkan buat pertama kali oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan DBKL Datuk Normah Malik dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas.

Majlis tersebut turut menganugerahkan 'Life Achivement Awards' kepada bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain