"Saya sudah katakan apa yang perlu dan saya pertahankan pendirian saya. Ambil atau lepaskan," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kritikan orang ramai terhadapnya selepas memuat naik status di laman Facebook yang menggesa supaya Abdul Khalid meletak jawatan.
Sehingga Ahad, status berkenaan menerima 80 'likes'.
Katanya keadaan krisis air di Selangor menyebabkan beliau terpaksa 'mandi kerbau' iaitu merujuk kepada catuan air di negeri itu.