GEORGE TOWN: MCA masih belum memutuskan sekiranya parti itu akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor. Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, keputusan itu akan dibuat oleh pemimpin-pemimpin tertinggi iaitu presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak. "Mesyuarat majlis presiden diadakan semalam (29 April) dan kami menerima analisis yang mendalam mengenainya. "Secara dasarnya, keputusan itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri dan presiden parti," kata Dr Wee pada sidang media di pusat khidmat MCA bahagian Bukit Gelugor di Jalan Tembaga pada Rabu.