RAWANG: Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah agama di Rawang dilaporkan meninggal dunia selepas didakwa terlibat dalam pergaduhan di kalangan pelajar di sekolah tersebut, malam Selasa. Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan yang mengesahkan insiden itu kepada media pada Rabu berkata, kes tersebut masih dibawah siasatan polis. "Kami amat sedih dengan kejadian itu. "Kementerian akan memastikan siasatan sepenuhnya dilakukan segera," kata Kamalanathan kepada pemberita selepas melancarkan masjlis pra sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Sains Selangor. Beliau berkata, kementerian akan mengarahkan beberapa pegawai dari pejabat pendidikan daerah untuk bekerjasama dengan polis dalam siasatan itu.