Bagaimanapun, beliau menafikan keputusannya itu dibuat atas desakan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.
"Ia adalah keputusan saya, saya telah membuat keputusan lebih awal, kita perlu beri peluang kepada golongan muda untuk tonjol kepemimpinan mereka sama ada parti politik atau negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Padang Majlis Perbandaran Petaling Jaya di sini, Khamis.
Dalam hidup ini, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat," kata beliau dalam akaun Twitternya itu.
Sementara itu, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata himpunan bertemakan "Pekerja Bersatu Rakyat Maju" dihadiri kira- kira 2,000 orang untuk menyambut Hari Pekerja.
Himpunan itu bermula seawal pukul 7 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11 pagi Khamis.