suria

Warga Emas Maut Terjatuh Tingkat Empat Hospital

Gambar hiasan.
KUANTAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh, malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian 9.40 malam itu, Tan Chiu Chuan, 72, yang dimasukkan ke wad hospital berkenaan pada Selasa akibat serangan jantung, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Warga emas dari Kampung Baru Triang dekat Bera itu dikatakan terjatuh dari tingkat empat bangunan hospital berkenaan.

 "Bagaimanapun polis sedang menyiasat sama ada mangsa terjatuh atau bertindak terjun dari bangunan itu," katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain