KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berlaku berhampiran kepulauan Nias, Sumatera Utara malam Khamis menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Perak dan Selangor. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Ritcher berlaku kira-kira 68 kilometer (km) dari timur laut Kepulauan Nias, kira-kira 408km dari barat daya Sabak Bernam, Selangor pada pukul 10.35 malam Khamis. "Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini," menurut kenyataan itu.