MIRI: Seorang wanita yang berasal dari Pontianak, Indonesia ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel bajet di sini dipercayai akibat mengambil dadah berlebihan. Yenni Safetri, 44, ditemui pada pukul 1.50 petang Sabtu tanpa sebarang kesan luka atau kecederaan. Ketua Polis Miri, ACP Tan Gian Kee berkata, mangsa ditemui bersama bekas mengandungi peralatan menghisap dadah serta paket syabu. "Mangsa mendaftar masuk semalam pada pukul 7.10 malam bersama seorang lelaki yang masih belum dikenali identitinya," katanya. Polis sedang mengesan lelaki itu dan waris mangsa.