Dalam kenyataan pada Rabu, AirAsia meminta semua penumpang bagi penerbangan yang berlepas dari lapangan terbang baharu itu agar berada di KLIA2 tiga jam sebelum waktu perlepasan penerbangan mereka dan menguruskan segala keperluan perjalanan seawal mungkin.
"Penumpang disarankan melakukan daftar masuk sendiri melalui laman sesawang atau peranti mudah alih sebelum tiba di lapangan terbang.
"Daftar masuk sendiri boleh dilakukan 14 hari hingga sejam sebelum perlepasan bagi semua penerbangan AirAsia, dan hingga empat jam sebelum perlepasan penerbangan AirAsia X," katanya.
Syarikat itu juga menguatkuasakan 'dasar bagasi satu kabin' untuk memastikan kelancaran proses naik turun pesawat di KLIA2.