suria

Hudud Bukan Untuk Islam Sahaja - Isma

Gambar Hiasan.

BANGI: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menegaskan hukum hudud bukan saja perlu dilaksanakan terhadap umat Islam tetapi juga golongan bukan Islam di negara ini.

Presidennya, Abdullah Zaik Abd Rahman, berkata hukum hudud berupaya melindungi keselamatan harta benda dan rakyat di negara ini.

"Hukum hudud perlu dikuatkuasakan kepada sesiapa saja (termasuk bukan Islam).

"Bagi umat Islam, pelaksanaan hukum hudud bermaksud penghapus dosa, manakala dalam kalangan bukan Islam, ia dapat menjamin kesejahteraan negara," katanya pada sidang media di ibu pejabat Isma di sini, Jumaat.

Abdullah Zaik berkata, PAS dan Umno perlu mencari titik persamaan untuk merealisasikan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

"Mereka harus berpandangan ke hadapan dan bersikap lebih matang untuk maanfat bangsa Melayu dan seluruh umat Islam," katanya.

Beliau berkata,  golongan bukan Islam yang dilabelkan sebagai pendatang di negara ini, sudah diberikan peluang sepenuhnya dari aspek sosiol ekonomi di negara ini.

Ketika ditanya sama ada bangsa lain tiada hak untuk menyuarakan pandangan mereka, Abdullah berkata mereka telah diberikan hak untuk bersuara dan jaminan kesejahteraan sejak dulu lagi.

"Berdasarkan sejarah lalu, bangsa Melayu dan Islam telah menjamin kesejahteraan mereka (golongan bukan Islam).

"Saya tidak lihat orang Melayu melakukan penindasan terhadap mereka. Jadi tiada sebab mereka perlu bimbang mengenai hak mereka," katanya.

Abdullah turut menyifatkan DAP sebagai hipokrit kerana membuat laporan polis secara membuta tuli terhadap kenyataan beliau yang mendakwa kaum Cina sebagai pendatang di negara ini.

"Saya lihat ini sebagai satu cubaan untuk menghalang saya menyuarakan pandangan mewakili seluruh umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

"DAP sendiri menentang Akta Hasutan tetapi kini mereka mahu saya disiasat dibawah akta ini," katanya.

Isma mendapat kritikan dari golongan bukan Islam terutama DAP kerana mendakwa kemasukan pendatang Cina  ke Tanah bersama penjajah British sebagai satu bentuk pencerobohan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain