suria

Jemaah Umrah Meninggal Dunia Dalam Pesawat AirAsia X Jeddah-KL

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat D7171 AirAsia X semasa dalam perjalanan dari Jeddah ke Kuala Lumpur pada Jumaat malam.

AirAsia X Berhad dalam kenyataan pada Sabtu mengesahkan kes kematian itu dan mengucapkan takziah kepada anggota keluarga jemaah berkenaan yang kehilangan orang tersayang.

"Kami menyediakan semua bantuan diperlukan," menurut kenyataan itu.

Menurutnya, anggota keluarga dan pihak berkuasa telah dimaklumkan berhubung kejadian itu.

Pesawat D7171 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada 8.30 pagi waktu tempatan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 10.30 malam tadi.


AirAsia X, umrah, pesawat, Jeddah

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan