suria

Pemilihan PKR: Sistem Pembuangan Undi Merumitkan - Nurul Izzah

Nurul Izzah Anwar.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengkritik sistem nombor yang digunakan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung dengan melabelkan ia sebagai sistem yang 'menyusahkan'. 

Bercakap kepada pemberita di sini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan sistem baru yang digunakan lebih merumitkan berbanding sistem konvensional yang digunakan pada pilihan raya umum. 

Belaiu berkata perlu ada kesinambungan antara pemilihan parti dan pilihan raya umum. 

"Jika tiada nama dan gambar calon pada kertas undi, tiada hubungan emosi, tidak seperti pemilihan parti sebelum ini. 

"Ia agak menyusahkan kerana pengundi perlu mengingat nombor dan proses ini memakan masa yang lebih lama, terutamanya bagi warga emas dan golongan kurang upaya," katanya ketika ditemui di puat pembuangan undi di Lembah Pantai pada Sabtu. 

Walaupun mengjangkakan akan timbul sedikit masalah, namun ia tidak mudah dikendalikan. Nurul Izzah berkata, Jawatankuasa Pemilihan Parti perlu bertanggungjawab dan mengkaji semula sistem tersebut. 

Nurul Izzah yang kini sedang mendahului saingan merebut jawatan Naib Presiden, turut mengakui agak sukar bagi pasangan beliau, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang juga Setiausaha Agung parti untuk merebut jawatan Timbalan Presiden. 

Saifuddin kini di tangga ketika, dibelakang Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. 

"Ia akan merupakan saingan yang cukup sengit kerana dia berhadapan dua nama besar. Pada masa yang sama, Saifuddin dilarang berkempen di SAbah dan Sarawak dan ini menjejaskan peluangnya untuk menang," katanya. 

Nurul Izzah bagaimanapun masih optimis bahawa Saifuddin mempunyai peluang untuk menang kerana terdapat 17 Cabang akan mengadakan pemilihan semula. 

Mengikut keputusan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat, Azmin masih lagi mendahului saingan untuk merebut kerusi timbalan presiden dengan memperoleh 
9,876 undi, diikuti Khalid yang mendapat 6,217 undi dan Saifuddin dengan 5,717 undi.

Pemilihan PKR dijangka akan berakhir pada Ahad dan Selangor akan mengadakan pemilihan semula pada 17 dan 18 Mei ini. 

Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada 20 Mei ini.

Nurul Izzah Anwar, Pemilihan PKR

Artikel Lain