Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata, mayat Sean Ng, 15, ditemui orang awam kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
"Mayat mangsa yang berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur itu ditemui pada 6.10 petang semalam oleh orang ramai yang kemudian memaklumkan kepada anggota polis.
"Sebahagian tubuh mayat dan kaki kanannya dalam keadaan reput dan mayat dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pelajar itu bersama-sama 11 rakannya yang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan dilaporkan hilang kira-kira 3 petang ketika mandi.