"Kita akan berhadapan dengan satu atau dua PRK tidak lama lagi dan timbalan saya bersama jawatankuasanya sudah bersedia dengan pelbagai strategi.
"Kita bakal berhadapan dengan cabaran jangka pendek dan panjang namun jika kita berikan sepenuh kasih sayang dan tanggungjawab terhadap parti, serta semangat yang tinggi dan dedikasi, insyaAllah...saya fikir Umno dan BN akan terus berjaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Umno ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Ahad malam.
Selain itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, parti itu kini berhadapan dengan suasana baru dan perlu bersedia melakukan perubahan terhadap kelemahan yang ada.
"Dalam cabaran politik baru hari ini, Umno tidak boleh hanya bertahan dengan sokongan kuat daripada rakyat di luar bandar sebaliknya perlu terus memenangi hati masyarakat di bandar dan pinggir bandar," katanya.