Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata penerbangan Pulau Pinang-Krabi bemula pada harga RM149 sehala dan Johor Baharu-Ipoh pada RM59 sehala.
Ia juga berkata Firefly Holiday, portal pengembaraan yang menawarkan pakej percutian serata dunia, secara rasmi melancarkan portal pengembaraan baharunya Khamis.
Menerusi portal itu, para pelanggan boleh memilih masa penerbangan mereka dan hotel.
Beliu berkata semasa Firefly Holiday bermula, ia mempunyai purata 300 tempahan sehari.