"Kita adalah satu keluarga besar dalam semangat 1Malaysia. Keluarga yang menyatupadukan masyarakat, membina negara," kata Perdana Menteri dalam laman Facebooknya.
Najib juga berkongsi gambar yang menunjukkan beliau bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, ibunya Tun Rahah Mohd Noah serta anak mereka, Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.
Hari Keluarga Antarabangsa, yang disambut pada 15 Mei setiap tahun, merupakan hari untuk memperingati betapa pentingnya keluarga bagi manusia dan masyarakat di seluruh dunia.