Beliau berkata pihak polis komited dalam mencari pelakunya dan membawa mereka ke muka pengadilan.
"Saya berharap Sister Julianna Lim dan Sister Marie Rose segera sembuh," katanya dalam akaun Facebook beliau Khamis.
Sister Julianna Lim, 69, dan Sister Marie Rose alias Theresa Teng, 79, diserang dengan topi keledar dan disamun seorang lelaki kira-kira pukul 6 pagi di luar Gereja Visitation.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh hari ini berkata samun merupakan motif serangan dan bukan berpunca daripada jenayah kebencian.
Beliau berkata beg kedua-dua rahib itu yang hanya mengandungi sedikit wang dan telefon bimbit hilang dan polis mengklasifikasi kes itu sebagai sengaja mendatangkan kecederaan semasa menyamun.
Lim yang cedera ringan di kepada dan muka masih bergantung kepada alat pernafasan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan masih belum sedarkan diri sementara Marie Rose telah sedar.