Operasi yang diketuai Basaruddin Mohiyuddin bersama 15 anggota penguatkuasa itu menyerbu premis tanpa nombor yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan diesel subsidi.
Serbuan khusus untuk membanteras kegiatan yang merugikan kerajaan itu turut merampas sebuah lori dengan nilai rampasan keseluruhan RM84,000.
Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.