Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Danial Abdullah, 8, murid Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Cheras dikatakan sedang bermain di tingkat itu bersama rakannya sebelum terjatuh.
"Tingkat berkenaan sedang menjalani kerja pengubahsuaian sejak minggu lepas. Mangsa dikatakan memanjat tembok dan terjatuh," katanya sambil menambah mangsa cedera parah di kepala dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
"Ketika kejadian saya berada di rumah di tingkat satu. Saya mendapat maklumat daripada jiran bahawa anak saya terjatuh.
"Saya ingatkan dia jatuh biasa, tetapi tidak sangka dia terjatuh dari tingkat 15," katanya, sayu.