SHAH ALAM: Rakyat harus memahami dan megetahui butiran mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum mengkritiknya, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Jazlan yang merupakan salah seorang panel pada forum, GST: Siapa Untung, Siapa Rugi menambah pelaksanaan GST tidak menjadikan sesebuah kerajaan itu baik atau buruk.
"Tanggungjawab sebuah kerajaan adalah membelanjakan wang secara berhemah," katanya.
"Strukturnya telah disetkan dalam komputer, di mana semua pemilik kedai, perniagaan dan kilang akan didaftarkan dan sesiapa yang cuba melarikan diri boleh dikesan," kata Nur Jazlan.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Persekutuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata persatuan itu menyokong pelaksanaan GST namun mereka menggesa kerajaan menyelesaikan beberapa masalah terlebih dahulu
"Kerajaan perlu efektif dan telus dalam menyelesaikan isu penyalah gunaan kuasa dan rasuah," kata Muhammad Sha'ani.