suria

Bukan Dyana Sahaja Diganggu - Pakatan Rakyat

Insiden Dyana (kanan bertudung) dihalau pengunjung pasar malam ketika berkempen, petang Rabu. Sumber foto Perak Today.

TELUK INTAN:Pakatan Rakyat cuba mengaburi insiden Dyana Sofya Mohd Daud dihalau ketika berkempen apabila mendakwa pihak terbabit bukan saja mengganggu jentera DAP, malah orang ramai yang berada di pasar malam berkenaan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera, Zairil Khir Johari meminta supaya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan diadakan secara berhemah tanpa menimbulkan sebarang kekecohan.

"Mereka bukan sahaja mengganggu kami berkempen, tetapi juga orang ramai yang berada di pasar malam itu termasuk peniaga," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, calon DAP itu mendakwa dihalau dari kawasan pasar malam Taman Rumah Awam dekat Kampung Padang Tembak di sini, petang Rabu.

Difahamkan, insiden kekecohan itu disebabkan calon dan penyokong DAP tidak dialu-alukan berikutan kawasan itu merupakan sebuah perkampungan Melayu.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS-Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin pula kesal dengan tindakan yang berbaur ugutan itu ketika mereka sedang berkempen.

Dyana sendiri berkata, beliau pada mulanya takut tetapi merasakan adalah perlu untuk meneruskan kempennya.

"Tidak kira bagaimana provokasi terhadap saya... saya berada di sana untuk berkempen secara adil," katanya.


Artikel Lain